BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Sahabat Tersayang

Ya Allah gembiranya dapat berjumpa kawan yang disayangi iaitu Ecah dan Tuka........Ecah la yang paling lama tak dapat jumpa sebab dia dah kahwin.....dapat tau dia mengandung pun melalui mesej dan Facebook....nak jumpa masing-masing sibuk...tiba-tiba satu hari tu ecah ada mesej bagitau bayi dalam perut rindu nak jumpa kawan-kawan emak dia....dengar je macam tu..terus pakat dengan tuka untuk tetapkan hari nak jumpa ecah memandangkan dia tidak kerja hari sabtu dan ahad....

Kami pun tetapkan hari sabtu untuk jumpa...tapi dia tak berapa sihat sangat menyebabkan perjumpaan kat luar tidak jadi dan kami pun cuma berjumpa dengan dia di rumah emak dia....comelnya dia waktu hamil ni..tapi dia nampak macam tak larat gak...kami berharap dan berdoa kedua-duanya selamat...niat di hati nak berborak lama-lama tapi tuka ada hal pula.....kami pun menyerahkan hadiah yang kami bawa untuk dia ....aku beri buku ibu mengandung,manakala tuka bagi bingkai gambar yang ada gambar waktu ecah akad nikah..serius memag cantik sangat...kami juga berpakat beli 3 baju yang sama dan tulis apa yang kami nak....seronoknya dapat jumpa kawan-kawan yang aku sayang ..sayang korang sangat-sangat....harap-harap persahabatan kita kekal sehingga ke akhir usia.............





Kisah Sahabat

Assalamualaikum semua,di sini pasti semua ada kisah sahabat di mana telah lama menghilang akhirnya temui kembali.Ingin ku cerita kisah sahabat emakku...Emakku pada ahad yang telah lalu telah mendapat panggilan dari kawan yang telah lama tidak temui......akhirnya memberitahu bahawa dia ingin datang ke rumah sementara ingin singgah ke pasar pagi di kawasan rumahku.Di kawasan rumahku ini,amat senang mencari barang-barang dari kelantan yang pada pendapat orang amat sukar untuk dicari.majoriti penjualnya adalah dari kelantan .setelah dia membeli barang yang diperlukan emakku mengambil dia di pasar dengan motosikal...sampai di rumah..aku dan kakak bersalam dengannya...

Amat sedih mendengar ceritanya,anak dia masih kecil sewaktu ditinggalkan suami yang lari mengikut wanita Indonesia...macam-macam kerja yang dia lakukan bagi memastikan anak-anaknya tidak terabai...namun kini dia telah mendapat kehidupan yang selesa dan senang memandangkan keempat-empat anaknya telah berjaya dan mempunyai kerja-kerja besar......kujadikan ceritanya sebagai penguat dalam diriku bahawa emak dan ayah berhempas pulas membesarkan kami mengharapkan kami menjadi orang yang berguna kelak...aku berharap dapat membahagiakan keluargaku selama-lamanya...AMEEN.........

Wednesday, 20 March 2013

SaHaBaT SeLaMaNyA........

                                      Sewaktu bersama Thurga Dewi ( Tuka )
Sewaktu bersama Siti Aisyah ( Ecah )
Sahabat.....pasti semua ada sahabat kan.....tapi tidak tahu sama ada sahabat itu yang berkekalan atau sementara.Saya ada dua sahabat yang hubungan kami amat baik bermula dari sekolah sehinggalah kini.Tuka dan Ecah.Merekalah sahabat dimana susah senang dikongsi bersama.Lebih-lebih lagi kini kami jarang bertemu disebabkan masing-masing sibuk serta ada yang sudah berkahwin.namun begitu,ianya tidak menyukarkan untuk berhubung kerana kini terdapat pelbagai gajet yang memudahkan kami berhubung antaranya Facebook,telefon dan sebagainya..