BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 5 June 2013

Final Exam

Assalamualaikum semua....dugaan menimpa diriku sejak dari Isnin hingga kini.....setelah semalaman tidak tidur....aku sakit dengan muntah-muntah..dan macam-macam lagi....nasib baik aku balik ke rumah kalau tidak pasti menanggung keseorangan di kolej.....Ya Allah aku bersyukur rumahku hanya di KL dan bukannya jauh...setelah makan ubat dan berehat akhirnya sakitku sembuh pada hari ini...terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk sihat dan seterusnya bersedia untuk peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.....

Di sini tidak lupa juga ku ingin mengucapkan selamat berjuang untuk rakan-rakanku sekalian dalam menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi....ingat kawan -kawan belajar pun belajar juga tapi janganlah kesihatan diabaikan kerana jika tidak sihat sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri kita...Meran doakan kawan-kawan semua dalam keadaan sihat...InsyaAllah dengan kesihatan yang baik memudahkan kita belajar dan menjawab peperiksaan dengan baik...ok kawan-kawan semua berjuanglah sehabis yang mungkin....Yes You Can Do It !!!!!! ^_^





Tuesday, 4 June 2013

Sungai Congkak

Pada jumaat baru-baru ini saya dan keluarga telah pergi ke Sungai Congkak untuk berkelah....kami bergerak dari rumah selepas Isyak....susah juga mencari tempat untuk tinggal kerana kebanyakan tempat telah ditempah....akhirnya kai telah jumpa tempat yang kami boleh duduk...malam itu juga kami membakar ayam,udang,daging,ikan....emak pula membuat kuah kicap dan air asam...perut memang terasa lapar..kami mula makan dalam pukul 1.30 jugalah......perggh memang terbaik dan sedap.....lama tak makan camni...memang sedap.......






kami pulang pada petang sabtu....dalam perjalanan pulang ,kami singgah di kolan air panas...sebelum bergerak balik ke rumah..memang seronok dapat bersama-sama keluarga.......



Powerpoint Presentation

Walaupun persembahan powerpoint bagi kumpulan powerpoint telah berlalu...kini ku punya masa untuk memberi serba sedikit komen berkaitan presentation yang telah kulihat ketika di kelas Aplikasi Komputer....antaranya :-


  1. kumpulan yang membentangkan tentang pertolongan cemas:- pada saya kumpulan ini persembahan yang ditunjukkan dari mereka adalah kemas dan langkah yang ditunjukkan adalah mengikut turutan serta videonya juga bagus.
  2. kumpulan yang membentangkan " nostalgia zaman kanak-kanak " :-pada saya kumpulan ini paling saya gemari kerana tajuknya mencuit hati saya sambil membuatkan saya terkenang zaman kanak-kanak saya dulu...
  3. kumpulan seterusnya "gubahan"-persembahan kumpulan ini ok juga sebab menunjukkan gubahan dari segi buah-buahan,kreatif juga cuma mereka mempunyai masalah ketika menayangkan video dimana suara tiada.
  4. kumpulan seterusnya berkaitan "gadget":-pada pandangan saya penyampaian kumpulan ini mungkin bagus tapi bagi saya ,saya agak kurang faham mungkin disebabkan saya agak kurang mengenai gadget terkini..namun berterima kasih kerana menyedarkan saya betapa pentingnya mengetahui gadget masa kini....
  5. kumpulan seterusnya berkaitan "pakaian tradisional":-pada pandangan saya maklumat yang diberi bagus...yang paling menarik hati saya adalah video yang ditunjukkan..amat mencuit hati dan mengikut turutan.
  6. kumpulan ini mempersembahkan " coklat " :- pada pandangan saya...kumpulan ini banyak menggunakan istilah saintifik tapi bagus juga kerana menerangkan tentang coklat....agak menarik.video juga menarik kerana menunjukkan cara-cara membuat coklat..selain itu saya juga ada terlihat ada ejaan yang salah .
  7. kumpulan"parodi":-kumpulan ini persembahan mereka ringkas tetapi menarik.video yang ditunjukkan menarik iaitu menunjukkan gaya parodi mengikut lagu yang dimainkan.
  8. kumpulan "paintball":-kumpulan ini pada pendapat saya ok juga iaitu saya berpeluang mengetahui serba sedikit mengenai paintball....video yang ditunjukkan agak gelap,perkataan yang digunakan ada juga bercampur bahasa...
  9. kumpulan tentang "pantang larang":-pada pendapat saya kumpulan ini juga ok...saya dapat faham apa yang dijelaskan.isunya lebih merujuk kehidupan seharian manusia.....
  10. kumpulan "kasut":-video kumpulan ini menarik...namun begitu kumpulan ini ada menggunakan ayat yang tidak formal dan ada bahasa campur yang digunakan.
Ini adalah sedikit sebanyak pendapat yang saya dapat beri sedikit mengenai kumpulan yang saya telah lihat membuat persembahan di kelas aplikasi komputer..saya harap pendapat saya dapat diterima dan harap mereka tidak ambil hati kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan....sekian terima kasih

Monday, 3 June 2013

Khamis unik

Hari khamis yang unik......bermula dari pagi ada lab test Access.....seterusnya menyiapkan tugasan academic communication beserta presentation....pukul 2 bermulanya presentation yang mengambil masa sehingga ke pukul 5.......seterusnya lepak dengan geng Ina sambil menunggu untuk malam iaitu ada kuiz untuk kelakuan organisasi.........belajar pun dah tak tahu masuk ke tak sebab dah tak larat...habis je kuiz malam tu terus balik dengan farhana naik motor......kelakar ,pertama kali naik motor tempat duduk belakang dia tinggi kot...dah la tak pakai topi keledar......gelak je sepanjang malam walaupun tahu diri ni memang letih sangat...




malam tu singgah bilik ina sebab ada kirim Mcdonald dengan Ina....ingatkan nak tumpang rehat je..tahu-tahu je sedar pukul 4 lebih pagi ..terus naik ke bilik.....memang hari yang penat...tapi seronok jugalah....


Dinner KBH

Hari khamis yang unik......bermula dari pagi ada lab test Access.....seterusnya menyiapkan tugasan academic communication beserta presentation....pukul 2 bermulanya presentation yang mengambil masa sehingga ke pukul 5.......seterusnya lepak dengan geng Ina sambil menunggu untuk malam iaitu ada kuiz untuk kelakuan organisasi.........belajar pun dah tak tahu masuk ke tak sebab dah tak larat...habis je kuiz malam tu terus balik dengan farhana naik motor......kelakar ,pertama kali naik motor tempat duduk belakang dia tinggi kot...dah la tak pakai topi keledar......gelak je sepanjang malam walaupun tahu diri ni memang letih sangat...




malam tu singgah bilik ina sebab ada kirim Mcdonald dengan Ina....ingatkan nak tumpang rehat je..tahu-tahu je sedar pukul 4 lebih pagi ..terus naik ke bilik.....memang hari yang penat...tapi seronok jugalah....


REVOC

Revoc adalah hari yang penat.......bermula pada hari khamis sehingga ke hari ahad.....hari khamis hari yang tidak terlalu sibuk...hanya membuat kerja pendaftaran sahaja dan selebihnya aktiviti bebas......pada hari jumaat kerja bermula...aku menjalankan tugas di bawah program Tugas-Tugas Khas ( TTK) .kerja kami pada pagi itu adalah menggunting manilakad yang digunakan untuk menulis pelbagai ayat-ayat pendek yang seterusnya akan digantung di pokok -pokok berhampiran kawasan yang program jalankan.....




kami juga perlu mendapatkan orang ramai untuk menulis di manilakad yang digunting pelbagai bentuk..amat susah juga kerana tak semua memberikan kerjasama....pada hujung-hujung barulah mereka memberikan cenderamata untuk diberi pada yang sudi menulis di manilakad untuk digantung pada pokok....



kami tidur di masjid .....Ya Allah memang penat berjalan dari tempat kami ke masjid....sampai di masijd ramai yang beratur untuk mandi di masjid serta mengerjakan solat.....pertama kali rasa macam ni......tapi berusaha untuk menjalankan program dengan sebaik mungkin kerana jika tiada dugaan pastinya tiada pengalaman yang dirasai untuk memperolehi kejayaan dengan mudah.......


Sahabat Tersayang

Ya Allah gembiranya dapat berjumpa kawan yang disayangi iaitu Ecah dan Tuka........Ecah la yang paling lama tak dapat jumpa sebab dia dah kahwin.....dapat tau dia mengandung pun melalui mesej dan Facebook....nak jumpa masing-masing sibuk...tiba-tiba satu hari tu ecah ada mesej bagitau bayi dalam perut rindu nak jumpa kawan-kawan emak dia....dengar je macam tu..terus pakat dengan tuka untuk tetapkan hari nak jumpa ecah memandangkan dia tidak kerja hari sabtu dan ahad....

Kami pun tetapkan hari sabtu untuk jumpa...tapi dia tak berapa sihat sangat menyebabkan perjumpaan kat luar tidak jadi dan kami pun cuma berjumpa dengan dia di rumah emak dia....comelnya dia waktu hamil ni..tapi dia nampak macam tak larat gak...kami berharap dan berdoa kedua-duanya selamat...niat di hati nak berborak lama-lama tapi tuka ada hal pula.....kami pun menyerahkan hadiah yang kami bawa untuk dia ....aku beri buku ibu mengandung,manakala tuka bagi bingkai gambar yang ada gambar waktu ecah akad nikah..serius memag cantik sangat...kami juga berpakat beli 3 baju yang sama dan tulis apa yang kami nak....seronoknya dapat jumpa kawan-kawan yang aku sayang ..sayang korang sangat-sangat....harap-harap persahabatan kita kekal sehingga ke akhir usia.............





Anoreksia

Assalamualaikum......pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman ketika saya membuat presentation academic communication di bilik tayangan 3 di PTSL.pada mulanya ramai yang menyuruh saya bertukar tajuk kerana mereka berkata tajuk itu seperti susah....tapi saya berusaha mencari maklumat berkaitan Anoreksia....sebenarnya Anoreksia ini merupakan penyakit yang dapat membawa hampir kepada mati.....oleh itu penting bago=i semua untuk mengambil tahu secara serius supaya dapat menghindari penyakit ini dari dihidapi oleh kita semua....kita tidak boleh terlau obses dengan bentuk badan atau berat badan kita kerana ianya mungkin salah satu ciri-ciri seseorang itu menghidap Anoreksia........... pada mulanya gentar juga apabila membuat presentation depan kawan-kawan semua.....tapi saya mencuba sebaik yang mungkin.....



Oleh itu saya ingin mengingatkan semua bahawa tidak salah untuk kita menjaga pemakanan untuk mendapatkan berat badan yang ideal tetapi kita mestilah tahu cara yang sesuai bagi memastikan apa yang kita lakukan itu tidak memudaratkan diri kita sendiri...( Pst: untuk peringatan diri sendiri juga )

Melawat Saudara

Aku dapat berita yang gembira ...saudaraku telah bersalin anak lelaki...comel sangat.....aku,emak dan kakak pergi ke Klang untuk melihat bayi saudaraku......dia bersalin di hospital bersalin Razif secara pembedahan.....pada mulanya kami sesat juga kerana kali pertama bertiga ke Klang..tapi nasib baik kereta kakak ada gps yang sedikit sebanyak membantu memudahkan kami ke Klang selain bantuan dari papan tanda jalan.....dapat juga jumpa kakak emak yang kami panggil mek  dan ayah harun....lama sudah tidak bersua..rindu sangat pada mereka..aku tidak sempat mengambil gambar bayi....Alhamdulillah ibu dan anak sihat...


Sebelum bergerak ke hospital bersalin Razif,kami pergi mencari barang untuk bayi.....berebut-rebut kami mendapatkan baju,sarung tangan dan kaki..rambang mata apabila memilih barang bayi...tapi seronok dapat tengok bayi...mulalah rasa teringin untuk berumah tangga .....InsyAllah dengan izin Allah...harap-harap dapat bertemu jodoh.....hehe ^_^

Pasar Pagi

Pada kali ini ku ingin menceritakan keunikan pasar pagi Pantai Dalam.....untuk pengetahuan semua....pasar pagi ini kebanyakan penjualnya adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang,Kelantan....kebanyakan makanan dan barangan yang dijual berasaskan dari negeri kelantan..jadi sesiapa yang rindu untuk makan atau membeli barangan dari kelantan bolehlah datang ke sini... Di kawasan rumahku ini,amat senang mencari barang-barang dari kelantan yang pada pendapat orang amat sukar untuk dicari.majoriti penjualnya adalah dari kelantan sebagai contoh pulut panggang serunding ( rasanya adalah manis bercampur pedas ) ,ketupat palas,acar masak.......pulut lepa,gula-gula masam celagi...





Banyak lagi yang ingin ku paparkan jenis makanan yang ada dijual di sini tapi ku tidaklah arif sangat mengenai makanan yang dari kelantan kerana ku suka makan tapi namanya kadangkala ku tidak dapat ingati....tapi kalau mahu makan bolehlah datang ke sini....rugi kalau tak singgah......

Jalan-Jalan Cari Makan...........

Assalamualaikum.....kali ini ku ingin ceritakan apa yang menarik di sekitar kawasan rumahku.....begitu banyak kemudahan yang ada di kawasan rumahku antaranya berdekatan dengan Stesen Komuter Pantai Dalam,Bas,Kedai makan yang pelbagai dan dikenali ramai juga.......rumahku berhampiarn dengan kedai makan Anis yang setiap hari dikunjungi ramai orang.Selain itu ada kedai makan yang sentiasa dikunjungi orang ramai iaitu kedai yang menjual nasi kukus.





Jadi sesiapa yang ingin merasai keenakan makanan bolehlah berkunjung ke Pantai Dalam..... ^_^

Kisah Sahabat

Assalamualaikum semua,di sini pasti semua ada kisah sahabat di mana telah lama menghilang akhirnya temui kembali.Ingin ku cerita kisah sahabat emakku...Emakku pada ahad yang telah lalu telah mendapat panggilan dari kawan yang telah lama tidak temui......akhirnya memberitahu bahawa dia ingin datang ke rumah sementara ingin singgah ke pasar pagi di kawasan rumahku.Di kawasan rumahku ini,amat senang mencari barang-barang dari kelantan yang pada pendapat orang amat sukar untuk dicari.majoriti penjualnya adalah dari kelantan .setelah dia membeli barang yang diperlukan emakku mengambil dia di pasar dengan motosikal...sampai di rumah..aku dan kakak bersalam dengannya...

Amat sedih mendengar ceritanya,anak dia masih kecil sewaktu ditinggalkan suami yang lari mengikut wanita Indonesia...macam-macam kerja yang dia lakukan bagi memastikan anak-anaknya tidak terabai...namun kini dia telah mendapat kehidupan yang selesa dan senang memandangkan keempat-empat anaknya telah berjaya dan mempunyai kerja-kerja besar......kujadikan ceritanya sebagai penguat dalam diriku bahawa emak dan ayah berhempas pulas membesarkan kami mengharapkan kami menjadi orang yang berguna kelak...aku berharap dapat membahagiakan keluargaku selama-lamanya...AMEEN.........

Perasaan

Ku harap masih tidak terlambat kumenceritakan pengalaman pertama mengundi untuk PRU.......memandangkan tempat ku mengundi tidak sama dengan ayah,emak mahupun kakak.Baru ku tahu ramai jiran yang sama tempat denganku .....Aku bersiap seawal 7.30 pagi aku telah berada dalam kereta jiran yang akan membawaku ke tempat mengundi iaitu di Sekolah Rendah Agama Sri Pantai iaitu bagi kawasan Lembah Pantai.....samapi sahaja di sana ,kulihat ramai yang sudah beratur panjang untuk memasuki kawasan pagar yang ditutup.....ku ikuti jiranku.rasa gementar juga sebab ini kali pertama...ada yang kulihat membawa anak-anak yang masih bayi...ada yang berkerusi roda dan pelbagai lagi.nasib baik ku telah membawa surat yang memaparkan aku di saluran berapa...ia memudahkan ku mencari kelas yang akan ku memangkah calon pilihan raya bagi kawasanku....bertambah mudah apabila kelas yang aku pergi kelihatannya hanya ada seorang di dalam dan tiada sesiap lagi beratur di luar kelas..sungguh mudah proses mengundi ini....



Selesai sahaja mengundi aku terus mencari jiranku yang masih beratur untuk mengundi....kami balik bersama....semasa ingin pulang aku dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam orang sekeliling yang menyebabkan banyak perasaan yang kualami ketika itu...samapi sahaja di rumah ku tunjuk jari ku yang mempunyai dakwat...pada emak dan adik-adikku.

Sambutan hari lahir

Nampaknya...sudah banyak ku ketinggalan masa untuk membuat blog.......gara-gara minggu yang agak sibuk diikuti tugasan yang banyak tertangguh yang menyebabkan saat-saat akhirlah masa untuk mengemaskinikan semua kerja.Pada 3 ,16 mei yang lalu aku dan keluarga meraikan hari lahir adikku dua orang dengan makan di luar....seronok juga rasa sebab dapat berkumpul beramai-ramai ....kami semua kalau ada semua pasti meriah dan riuh rendah...antara juadah yang kami makan adalah satay kajang,chicken chop,sizzling mee dan banyak lagi....pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk...kerana waktu itu ramai pengunjung yang datang.memandangkan kami pun ramai iaitu lapan orang ,kami pun mengagihkan untuk masing-masing mencari tempat duduk sementara emak dan kakak pergi memesan makanan...akhirnya dapat juga tempat untuk kami duduk dan menjamu selera...memang hari yang seronok........



                                                                                 

Tak sangka banyak juga makanan yang dipesan...habis juga kami selesaikan..mana taknya chicken chop sampai 3 pinggan .sizzling cuma pesan 1 dan tak kira lagi satay yang dipesan....kami semua seronok makan sambil mulutku bercakap memberitahu pada  ayah ( nanti kita makan lagi kat sini ok ) boleh jerr ayah bagitau cuma masing-masing simpanlah duit sendiri.....masing-masing ketawa.....








Sunday, 28 April 2013

DiNneR SeM 5 MKM

Assalamualaikum semua.... sekarang ni dengar pasal dinner antara kolej.teringatlah pulak kenangan dinner sewaktu diploma dulu.Seronok juga dapat berkumpul bersama semua kawan,masa itu ramailah yang berpakaian cantik dan berfesyen...dapat juga hadiah dari junior .pelajar sem kami iaitu sem 5 membuat video khas untuk ditayangkan semasa dinner...yang kelakarnya video tersebut memaparkan perihal KWAP ..... membuatkan masing-masing memandang sesama sendiri.( dalam hati beraninya dorang buat video macam ni) .tapi dorang dipuji juga sebab kreatif dalam buat video ni...semasa dinner ini,terasa diri ini telah meningkat umur.tapi,sayangnya aku tidak bernasib baik ketika penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah.Kebanyakannya berpihak pada pelajar yang duduk di rumah sewa,aku pula duduk di asrama...yang paling seronok aku berpeluang mengambil gambar menggunakan kamera kawanku.kawanku,Nomiey yang berpakaian sari telah memenangi hadiah untuk pakaian yang cantik .Memang cantik dia malam itu... di sini ku sertakan gambar-gambar yang telah ditangkap pada malam dinner itu.

                          ~ bersama Nomiey ~
          ~ Pemenang pada dinner tersebut ~
      ~  Sebahagian pelajar Semester 5 bergambar ~
       ~ bersama Yun, Ana,Nomiey dan Naimah ~
 ~Mubin,Nomiey,Yun,Ayu,Fifi,Hajar,Piya,Tikah ~

~ AiR ~

Air..air...air . baru je tangan nak sihat , rasa macam nak sakit balik...mana taknya mengangkat baldi berisi air dari tangki naik ke tingkat 4 .Tuhan je tahu betapa beratnya baldi tu.. nak tak nak angkat juga sebab untuk kecemasan malam nanti. Masa itu barulah terasa belajar untuk berjimat air tetapi masih tidak cukup air yang disimpan menyebabkan banyaklah botol air yang terpaksa dibeli. Dalam hati nak je balik rumah tapi memandangkan esoknya ada kelas.terpaksalah niat tu dibatalkan. tetapi dari situ juga aku belajar satu perkara untuk senang ,pasti situasi susah yang perlu ditempuhi dahulu. Oleh itu bersabarlah wahai hati ......InsyAllah segala yang berlaku memberikan seribu hikmah buat kita semua... Ameen......... ^_^

( sekadar gambar hiasan )

Tuesday, 23 April 2013

Video


Assalamualaikum...semua, tengah duduk sambil buka fail-fail dalam labtop jumpalah video ini...macam-macam rasa ada bila tengok video ni antaranya nak tergelak ada ( dalam hati kreatif juga pelajar MKM buat video), yang paling seronok masa pemadam whiteboard dibaling ...inilah hasil kerja senior diploma MKM .ditayangkan ketika program dinner yang bertempat di Auditorium Datuk Abdul Majid, MKM.Jadi sambil-sambil tu nak kongsi dengan semua video ni.Jadi harap anda semua terhibur tengok video ini....  ^_^



Monday, 15 April 2013

Perasaan

Sepanjang cuti pertengahan semester ini, pelbagai perkara yang membuatkan saya terasa ingin marah ,suka, sedih, cemas, gembira, takut dan sebagainya....Antaranya :-

  • Flat yang diduduki nyaris terbakar
  • Semasa turun ke bawah menyelamatkan diri,adik yang bongsu hilang,akhirnya jumpa kembali.
  • Membantu jiran yang tidak dapat melihat ( OKU ),kerana kelihatan hanya keseorangan dan terus menarik tangan untuk duduk bersama serta menemani ke rumahnya ketika masing-masing boleh pulang kerumah setelah keadaan stabil.
  • Terpaksa duduk dan tidu di dalam rumah dalam keadaan panas ( Alhamdulillah diberi kesempatan dengan cuaca sejuk kerana hujan turun).
  • Rumah tiada elektrik selama 2 hari ( semua kerja tertangguh )
  • Disebabkan elektrik tiada di rumah ,saya membuat tugasan yang diberi di Perpustakaan KL,pertama kali ke sana bersama-sama Ina dan Dila.Pulang dari perpustakaan ,berjalan-jalan sebentar di Pasar Seni sebelum pulang ke rumah.
  • Sewaktu pulang dari Perpustakaan ,hampir-hampir ingin ditemuramah oleh orang wartawan dari Astro Awani.tetapi sempat mengelak...kerana soalan adalah berkaitan pilihan raya.Masa ni lah boleh nak menyamar muda lagi pun boleh....hehe.
  • Seronok sangat sebab emak buat Nasi kerabu..dah lama emak tidak buat nasi kerabu..tapi yang kelakarnya..jiran tanya tiada cili ke...emak baru teringat patutlah rasa macam tak cukup je...hehe memang sedap dan terbaik.
  • Cemas dan terkejut sewaktu mendapat tahu adik nombor empat jatuh ketika bermain futsal dan luka di kening dijahit oleh doktor sebanyak lima jahitan.
  • Cemas dan takut semasa lalu jalan tokong di Petaling jaya...orang-orang di situ bermain dengan pistol air,kapur dan melekapkan tangan yang penuh kapur ke kereta yang lalu termasuk kereta yang kami naiki menyebabkan saya istighfar sepanjang melalui jalan tersebut.
  • Seronok ke Amcorp Mall untuk membeli barangan Avon,Seluar KRS untuk adik,dan paling sedihnya susah betul untuk membeli kasut kerana saiz lebih kepada kanak-kanak...( Adik beradik yang lain hanya ketawa dan mengelengkan kepala sewaktu melihat saiz kasut yang diambil iaitu .... )Tetapi saya tidak kisah,janji ada kasut untuk dipakai memandangkan kasut lama sudah menjadi seperti mulut buaya.....

                                                                                                                                                                                               

_CeMaS_


Assalamualaikum...kisah pada kali ini ialah CEMAS. Pasti anda semua pernah hadapi  sesuatu situasi dan perasaan cemas menyelubungi diri. maksud cemas yang diperolehi dari google menerangkan bahawa Rasa khuatir ,gelisah ,takut ,waswas ,tidak tenteram, panik dan sebagainya merupakan gejala umum akibat cemas.Cemas menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, berdebar-debar dan sebagainya.Kecemasan pada umumnya berhubung dengan situasi seperti mengancam atau membahayakan.Keadaan cemas itu biasanya akan dapat diatasi dengan sendiri.Cuti Pertengahan Semester pada kali ini menyebabkan saya tidak akan melupakan sampai bila-bila pengalaman yang dilalui..

  • Flat yang diduduki nyaris-nyaris terbakar dimana berlakunya litar pintas semasa masuk maghrib diikuti dengan hujan lebat dan petir.
  • pada mulanya lampu di rumah kelihatan berkelip-kelip seperti tidak cukup api dan seterusnya elektrik terpadam, disusuli dengan jeritan orang di tingkat bawah menjerit menyuruh semua turun ke bawah.
  • turun dengan tidak membawa apa-apa barang termasuk dokumen yang penting,pintu tidak ditutup,hanya memikirkan keselamatan sahaja.
  • Berbagai perasaan yang dilalui dan hanya Tuhan yang tahu dan tidak dapat diungkapkan pada ketika itu
  • Namun, akhirnya kebakaran yang berlaku tidak tersebar meluas hanya terbakar di luar rumah di tingkat 1 dan 2 dan selepas semuanya selamat .kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Alhamdulillah syukur kami masih diberi kesempatan di atas muka bumi ini...
# pada pandangan saya,sekiranya keadaan seperti di atas berlaku ,fikirlah mengenai keselamatan diri  daripada berpatah balik mengambil barang-barang lain walaupun barang-barang tersebut penting kerana diri adalah penting dari segala-galanya... ( saya juga setelah berlaku kejadian seperti itu,terus dokumen-dokumen penting saya letakkan di dalam satu beg dan di tempat yang mudah dicapai. )






Wednesday, 3 April 2013

Cerita Kelakar .........

Assalamualaikum semua,cerita pada kali berdasarkan pengalaman yang aku perolehi sewaktu berada di PTSL UKM dan Luar DK 3 FEP.
Watak yang digunakan Kak Meran ( Aku ),Ina......

Selamat Membaca......

 SITUASI 1
 Cerita di PTSL  bermula ketika hendak bergerak pulang dari perjumpaan berkumpulan...
 (PTSL UKM)
 Ketika hendak masuk ke dalam lif :-
 Ina : Kak Meran tingkat empat,empat
 Kak Meran : Apa ina ?
 ( lelaki "foreigner" terus tekan 4)
 kak Meran : eh malunya ingatkan dia ni tak faham , nak cakap terima kasih ke tak eh ( dalam hati je )
 Sampai di tingkat 4,sebelum keluar...
 Kak Meran : "Thank You"
 lelaki " foreigner" : Sama-sama
 Kak Meran : Malunya ....( teramat sangat )
 Ina :  Kak Meran malunya,itulah orang luar yang cakap bahasa melayu terbalik dengan kak meran.   
 martabatkanlah bahasa melayu kita  ..... ( ketawa )
 Kak Meran : Alamak kan dah terkena malunya,lain kali fikir dulu sebelum buat ...( dalam hati )
 Ina & Kak Meran : ( ketawa sampailah tiba di KBH )

 SITUASI 2
 (Luar Dewan Kuliah 3 FEP)
 Sedang melayari internet  bersama Ina sambil mengedit artikel untuk subjek "Academic 
 Communication" .Selepas itu,berkemas untuk pulang ke kolej.Sedang mengemas ,datanglah seorang lelaki 
 "foreigner" datang kepada kami...
 Lelaki "foreigner" : How much longer do you sitting here ?
 Ina : We already want going back  
 Lelaki " foreigner" : Oh,I was just want you to take care my belonging while I'm away.
 Kak Meran : ( dalam hati,senyap je lah sebab tidak mahir berbahasa Inggeris )
 Lelaki :foreigner":Are you student here? ( tumpu ke Kak Meran )
 Kak Meran : Yes..
 Lelaki :foreigner":How old are you? ( tumpu ke Kak Meran )
 Kak Meran : 24..

 Lelaki :foreigner":Really ,I thought you were 15? ( tumpu ke Kak Meran )
 Kak Meran : ( mampu tersenyum) dalam hati ( sudah biasa diajukan ayat sebegitu )

 Lelaki :foreigner":Your age? ( tumpu ke Ina )
 Ina : 23
 Lelaki :foreigner: I thought you older than her.. ( ketawa )
 Ina & Kak Meran : ( Ketawa juga )
 ( Ina terus menyakat aku , oh ingatkan umur 15 tahun...)
 Kak Meran : Jangan ingat fizikal yang kecil masih kanak-kanak....( dalam hati dah biasa terkena )
 ( Bila ingat balik dua-dua pengalaman ini agak kelakar dan boleh juga mengambil pengajaran daripada cerita 
   ini )
  •  Minta maaf bahasa tidak betul kerana diri ini masih lagi belajar untuk memperbetulkan tatabahasa 
       ^_^





Tuesday, 2 April 2013

Jiran

Jiran...pasti semua ada jiran kan...cuma belum pasti samada jiran itu jiran yang paling rapat atau tidak dikenali langsung. Saya juga ada jiran yang rapat di rumah..sudah dianggap seperti keluarga..jiran pada waktu dulu amat menyeronokkan berbanding kini kerana pada masa kini kebanyakan jiran hanya tertumpu kepada ahli keluarga mereka dan tidak mesra dengan orang lain...sehinggakan jiran depan rumah pun tidak pernah bertegur sapa..apabila berlaku kejadian yang tidak diingini barulah buat-buat memperkenalkan diri.Jiran yang paling saya rapat ialah makcik Watie nama yang saya panggil,bagi saya makcik Watie adalah seorang yang sangat kemas,bersih,pandai memasak dan sebagainya...paling menjadi kegemaran kami sekeluarga adalah Bakso buatan dia...setiap hari raya pasti kami dapat makan...kami sekeluarga akan serbu rumahnya pada hari raya.Jadi tidak salah untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia dan mengambil tahu hal orang lain ,namun ada batas dan hadnya....janganlah sampai menyebarkan perkara-perkara yang mengaibkan ,kerana bagi saya ,seorang jiran yang baik tidak akan mengaibkan diri orang lain...dan menjaga serta menghormati hak dan privasi seseorang itu...