Hari sabtu ke kenduri kahwin saudara belah emak di Bangi Lama...pergi cuma berempat memandangkan adik-adik yang lain tidak ikut. Selesai dari kenduri bergerak pula ke tempat kerja emak untuk mengambil barang. Sampai sahaja di rumah,ajak pula akak pergi ke Brickfield sebab hendak makan "mushroom soup"tetapi sayangnya cendawan sudah habis..aku,kakak dan kawan kakak pun melepak dekat kedai makan suami kawan kakak...dalam pukul 2 lebih baru kami pulang.Hari sabtu pula hari pergi jalan-jalan dengan emak,kami berempat iaitu emak,kakak,adik yang bongsu dan aku.Seronok cuci mata tengok barang-barang dekat Giant,Tesco dan Matahari.Kami juga sempat membeli barang-barang untuk saudara di kampung kerana kakakku akan pulang ke kelantan pada hari Khamis.Berebut juga kami berdua memilih baju untuk anak kakak sepupu.Walaupun tidaklah beli barang yang banyak...tapi seronok cuci mata tengok barang-barang sambil membayangkan bagusnya kalau duit ada depan mata,macam-macam boleh beli.
| Tesco Jalan Klang Lama |
![]() |
| Giant Sri Manja |




























