Walaupun persembahan powerpoint bagi kumpulan powerpoint telah berlalu...kini ku punya masa untuk memberi serba sedikit komen berkaitan presentation yang telah kulihat ketika di kelas Aplikasi Komputer....antaranya :-
- kumpulan yang membentangkan tentang pertolongan cemas:- pada saya kumpulan ini persembahan yang ditunjukkan dari mereka adalah kemas dan langkah yang ditunjukkan adalah mengikut turutan serta videonya juga bagus.
- kumpulan yang membentangkan " nostalgia zaman kanak-kanak " :-pada saya kumpulan ini paling saya gemari kerana tajuknya mencuit hati saya sambil membuatkan saya terkenang zaman kanak-kanak saya dulu...
- kumpulan seterusnya "gubahan"-persembahan kumpulan ini ok juga sebab menunjukkan gubahan dari segi buah-buahan,kreatif juga cuma mereka mempunyai masalah ketika menayangkan video dimana suara tiada.
- kumpulan seterusnya berkaitan "gadget":-pada pandangan saya penyampaian kumpulan ini mungkin bagus tapi bagi saya ,saya agak kurang faham mungkin disebabkan saya agak kurang mengenai gadget terkini..namun berterima kasih kerana menyedarkan saya betapa pentingnya mengetahui gadget masa kini....
- kumpulan seterusnya berkaitan "pakaian tradisional":-pada pandangan saya maklumat yang diberi bagus...yang paling menarik hati saya adalah video yang ditunjukkan..amat mencuit hati dan mengikut turutan.
- kumpulan ini mempersembahkan " coklat " :- pada pandangan saya...kumpulan ini banyak menggunakan istilah saintifik tapi bagus juga kerana menerangkan tentang coklat....agak menarik.video juga menarik kerana menunjukkan cara-cara membuat coklat..selain itu saya juga ada terlihat ada ejaan yang salah .
- kumpulan"parodi":-kumpulan ini persembahan mereka ringkas tetapi menarik.video yang ditunjukkan menarik iaitu menunjukkan gaya parodi mengikut lagu yang dimainkan.
- kumpulan "paintball":-kumpulan ini pada pendapat saya ok juga iaitu saya berpeluang mengetahui serba sedikit mengenai paintball....video yang ditunjukkan agak gelap,perkataan yang digunakan ada juga bercampur bahasa...
- kumpulan tentang "pantang larang":-pada pendapat saya kumpulan ini juga ok...saya dapat faham apa yang dijelaskan.isunya lebih merujuk kehidupan seharian manusia.....
- kumpulan "kasut":-video kumpulan ini menarik...namun begitu kumpulan ini ada menggunakan ayat yang tidak formal dan ada bahasa campur yang digunakan.
Ini adalah sedikit sebanyak pendapat yang saya dapat beri sedikit mengenai kumpulan yang saya telah lihat membuat persembahan di kelas aplikasi komputer..saya harap pendapat saya dapat diterima dan harap mereka tidak ambil hati kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan....sekian terima kasih























0 comments:
Post a Comment