BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 3 June 2013

Pasar Pagi

Pada kali ini ku ingin menceritakan keunikan pasar pagi Pantai Dalam.....untuk pengetahuan semua....pasar pagi ini kebanyakan penjualnya adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang,Kelantan....kebanyakan makanan dan barangan yang dijual berasaskan dari negeri kelantan..jadi sesiapa yang rindu untuk makan atau membeli barangan dari kelantan bolehlah datang ke sini... Di kawasan rumahku ini,amat senang mencari barang-barang dari kelantan yang pada pendapat orang amat sukar untuk dicari.majoriti penjualnya adalah dari kelantan sebagai contoh pulut panggang serunding ( rasanya adalah manis bercampur pedas ) ,ketupat palas,acar masak.......pulut lepa,gula-gula masam celagi...





Banyak lagi yang ingin ku paparkan jenis makanan yang ada dijual di sini tapi ku tidaklah arif sangat mengenai makanan yang dari kelantan kerana ku suka makan tapi namanya kadangkala ku tidak dapat ingati....tapi kalau mahu makan bolehlah datang ke sini....rugi kalau tak singgah......

0 comments: