BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 3 June 2013

Perasaan

Ku harap masih tidak terlambat kumenceritakan pengalaman pertama mengundi untuk PRU.......memandangkan tempat ku mengundi tidak sama dengan ayah,emak mahupun kakak.Baru ku tahu ramai jiran yang sama tempat denganku .....Aku bersiap seawal 7.30 pagi aku telah berada dalam kereta jiran yang akan membawaku ke tempat mengundi iaitu di Sekolah Rendah Agama Sri Pantai iaitu bagi kawasan Lembah Pantai.....samapi sahaja di sana ,kulihat ramai yang sudah beratur panjang untuk memasuki kawasan pagar yang ditutup.....ku ikuti jiranku.rasa gementar juga sebab ini kali pertama...ada yang kulihat membawa anak-anak yang masih bayi...ada yang berkerusi roda dan pelbagai lagi.nasib baik ku telah membawa surat yang memaparkan aku di saluran berapa...ia memudahkan ku mencari kelas yang akan ku memangkah calon pilihan raya bagi kawasanku....bertambah mudah apabila kelas yang aku pergi kelihatannya hanya ada seorang di dalam dan tiada sesiap lagi beratur di luar kelas..sungguh mudah proses mengundi ini....



Selesai sahaja mengundi aku terus mencari jiranku yang masih beratur untuk mengundi....kami balik bersama....semasa ingin pulang aku dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam orang sekeliling yang menyebabkan banyak perasaan yang kualami ketika itu...samapi sahaja di rumah ku tunjuk jari ku yang mempunyai dakwat...pada emak dan adik-adikku.

0 comments: