BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 3 June 2013

Kisah Sahabat

Assalamualaikum semua,di sini pasti semua ada kisah sahabat di mana telah lama menghilang akhirnya temui kembali.Ingin ku cerita kisah sahabat emakku...Emakku pada ahad yang telah lalu telah mendapat panggilan dari kawan yang telah lama tidak temui......akhirnya memberitahu bahawa dia ingin datang ke rumah sementara ingin singgah ke pasar pagi di kawasan rumahku.Di kawasan rumahku ini,amat senang mencari barang-barang dari kelantan yang pada pendapat orang amat sukar untuk dicari.majoriti penjualnya adalah dari kelantan .setelah dia membeli barang yang diperlukan emakku mengambil dia di pasar dengan motosikal...sampai di rumah..aku dan kakak bersalam dengannya...

Amat sedih mendengar ceritanya,anak dia masih kecil sewaktu ditinggalkan suami yang lari mengikut wanita Indonesia...macam-macam kerja yang dia lakukan bagi memastikan anak-anaknya tidak terabai...namun kini dia telah mendapat kehidupan yang selesa dan senang memandangkan keempat-empat anaknya telah berjaya dan mempunyai kerja-kerja besar......kujadikan ceritanya sebagai penguat dalam diriku bahawa emak dan ayah berhempas pulas membesarkan kami mengharapkan kami menjadi orang yang berguna kelak...aku berharap dapat membahagiakan keluargaku selama-lamanya...AMEEN.........

0 comments: